Sukan Hari Ini

Azizul mampu pamer kayuhan cemerlang

azizul hasni

JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang dijangka mampu mempamerkan kayuhan cemerlang  pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, November depan.

Timbalan Presiden Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, pelumba dari Terengganu itu sudah melupakan detik hitam ketika terbabit dengan pelanggaran di velodrom sama dua tahun lalu.

Akibat pelanggaran itu, betis kiri Azizul tertusuk serpihan kayu dan terpaksa menjalani pembedahan.

Azizul bernasib baik kerana arteri utama, tisu dan ototnya langsung tidak terjejas.

“Saya yakin Azizul mampu pamerkan kayuhan cemerlang di sana. Tidak ada istilah trauma atau takut-takut dalam dirinya kerana dia seorang pejuang tulen. Bayangkan serpihan kayu sepanjang 17.5 sentimeter (kira-kira tujuh inci) menembusi belakang betis ke tulang keringnya,
namun dia tetap teruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat.

“Baru-baru ini, pada Kejohanan Trek Asia di Chonburi Thailand, dia berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut. Manakala dalam acara keirin, Azizul berjaya mara ke pusingan akhir tetapi perlumbaan itu terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat kerana di sana veledromnya terbuka.

“Saya percaya jika acara akhir keirin itu berlangsung, dia mampu membawa pulang emas,” katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf,  kelmarin.

Menurut Naim, perkara utama harus dititikberatkan di Manchester nanti ialah soal keselamatan trek agar peristiwa sama tidak berulang kepada mana-mana pelumba.

“Saya harap Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) serta penganjur di sana mampu memastikan keselamatan trek berada di tahap yang baik,”katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");