Berita Hari Ini

Daily Fresh buka kios konsep baru

DAILY FRESH

SYARIKAT pengeluar makanan segera berasaskan jagung, Daily Fresh Foods Sdn Bhd (Daily Fresh) menyasar untuk membuka 20 rangkaian kios mikro menjelang akhir tahun ini, selain 50 rangkaian baru pada 2014.

Pengurus Operasi Daily Fresh, Low Chee Foo berkata, konsep baru perniagaan menggunakan kios mikro itu turut ditawarkan kepada usahawan makro francais dengan modal berskala kecil.

“Kos pelaburan bagi memulakan perniagaan kios mikro Daily Fresh Express sekitar RM32,000 ke RM38,000 dengan produk yang ditawarkan adalah jagung rebus, ais krim premium tinggi, Gelato Tempo dari Itali serta bertih jagung.

“Konsep perniagaan kios mikro ini lebih fleksibel terutama di lokasi peniagaan yang terhad dengan jumlah pekerja yang minimum. Selain itu, kos operasi lebih rendah kerana ia tidak memerlukan penggunaan utiliti seperti elektrik dan air yang banyak. Reka bentuk kios mikro
juga lebih menarik dengan konsep yang segar dan berwarna-warni,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, syarikat itu yakin dengan pengenalan konsep terbaru itu, jualan Daily Fresh akan meningkat 30 peratus bagi tempoh setahun.

Katanya, konsep itu disasarkan kepada usahawan yang ingin berjinak dengan dunia perniagaan dengan pulangan pelaburan yang cepat dan mudah.

“Bagi mereka yang ada modal lebih tinggi, Daily Fresh menawarkan konsep kafe dan kios dengan jualan produk yang lebih lengkap bermula dengan modal RM85,000 hingga RM150,000,” katanya lagi.

Syarikat yang berpangkalan di Simpang Renggam, Johor itu memiliki rangkaian produk Daily Fresh di 1,800 cawangan di seluruh dunia, antaranya di Singapura, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, China, Rusia, Afrika Selatan, Jordan dan Mesir.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");