Isu Panas

Bahaya jika salah pilih pemimpin

IDRIS JUSOH

JERTIH – Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pemilihan calon di peringkat pusat dan bahagian bukan sekadar memilih pemimpin parti, tetapi memilih pemimpin untuk rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu berkata, perwakilan perlu memastikan pemimpin yang dipilih selari dengan selera rakyat dan bukan kerana kepentingan pihak tertentu.

Menurutnya, barisan kepimpinan Umno yang baharu ini akan menjamin kemenangan atau kekalahan BN pada PRU ke-14 nanti.

“Proses pemilihan perlu dilihat dan dinilai dengan baik secara serius kerana tidak guna pilih pemimpin yang tidak diterima rakyat kerana trend dalam PRU13 lalu, Terengganu menyaksikan BN hilang tujuh kerusi Dun.

“Keputusan itu jelas menunjukkan penurunan sokongan rakyat terhadap BN di Terengganu, maka apa juga keputusan yang dibuat pastikan trend ini tidak berterusan kerana kalau berterusan bahana besar akan menanti dalam PRU14 nanti,” katanya yang menang tanpa
bertanding jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Besut.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong dekat Jertih, semalam.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Besut yang baharu, Nawi Mohamad.

Idris berkata, pemimpin yang terpilih perlu mempunyai nilai positif dan memiliki selera yang selaras dengan parti dan rakyat seterusnya dapat mendukung inspirasi serta isi hati rakyat.

Sementara itu, Pengerusi Pemilihan Umno Bahagian Besut, Saidi Salleh Sulong berkata, seramai 994 atau 91 peratus daripada keseluruhan 1,091 perwakilan Umno Bahagian Besut keluar mengundi pagi semalam yang berakhir jam 12 tengah hari.

Menurutnya, sebanyak enam saluran dibuka untuk perwakilan membuang undi memilih pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap dan ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian serta kepimpinan Pusat yang berlangsung di dewan sama.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");