Perak Hari Ini

Hamizura Sifatkan Kekalahan Sebagai Satu Permulaan Baru

mt

Hamizura Osman yang tewas bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Gopeng semalam menyifatkannya sebagai satu permulaan baru dan bukannya penamat kepada dunia politik yang diperjuangkannya selama ini.

Semangat ingin menyahut ‘transformasi parti’ yang diperkenalkan oleh pucuk pimpinan UMNO membuktikan keberaniannya untuk menawarkan diri bertanding dan bersaing dengan tiga lagi calon lelaki.

Kini, ahli UMNO katanya, berpeluang untuk bertanding jawatan tanpa sebarang sekatan yang ketat dan peluang tersebut tidak patut disia-siakan.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam bidang politik bersama-sama dengan kakaknya, Datuk Hamidah, beliau berkata:

“Perjuangan politik Melayu hanya ada satu gelanggang dan saya tidak mempunyai pilihan kecuali berkongsi gelanggang dengan kakak saya dan kami berdua akan terus berjuang biarpun berhadapan banyak cabaran,” ujar Hamizura.

Hamizura yang muncul sebagai wanita pertama di Perak mencabar jawatan Ketua UMNO Bahagian Gopeng tewas kepada penyandangnya, Datuk Hamzah Kassim yang menang dengan kiraan 240 undi pada pemilihan semalam.

Sementara itu, kekalahan itu katanya, bukanlah disebabkan statusnya sebagai wanita sebaliknya merupakan tititk permulaan untuknya pergi lebih jauh dalam bidang politik.

“Ini langkah pertama dan saya perlu menimba lebih pengalaman untuk masa akan datang,” katanya.

Mengulas pula mengenai keberanian untuk bertanding merebut jawatan tersebut, katanya ia bukan satu sejarah baharu tetapi sekadar menggembalikan sejarah kerana wanita adalah tunjang kepada UMNO.

“Bagi saya, tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia,” ujarnya lagi.

Beliau yang sudah dikenali di kalangan perwakilan UMNO Bahagian Gopeng pernah menjadi ahli jawatan kuasa selama lima tahun dan telah terlibat dengan pilihanraya sejak tahun 2004 lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");