Berita Hari Ini

Bajet 2014 lindungi kestabilan kewangan

MBANK

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) menyifatkan Bajet 2014 mengukuhkan asas-asas ekonomi, melindungi kemapanan fiskal dan kestabilan kewangan serta mengekalkan penarafan gred kredit pelaburan yang tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, walaupun 17 kali berturut-turut negara mengalami perbelanjaan defisit, defisit bajet akan menyusut pada tahun kelima kepada RM37.1 bilion atau 3.5 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada RM39.3 bilion atau empat peratus KDNK bagi tahun ini.

“Negara berada dalam laluan yang betul untuk mencapai sasaran mengurangkan jurang kepada tiga peratus pada 2015 dan mencapai perbelanjaan seimbang menjelang 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, selain memastikan negara kekal dalam penyatuan fiskal melalui bajet bagi pengurangan defisit, Maybank mengalu-alukan pengumuman pembaharuan fiskal, terutamanya keputusan memperkenalkan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 April 2015, bagi mengantikan cukai semasa lima hingga 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan.

Katanya, Maybank menerima pelbagai langkah bagi menangani kebimbangan rakyat mengenai kos sara hidup, pendapatan dan perumahan mampu milik seperti peningkatan BR1M 3.0, pelepasan cukai pendapatan peribadi RM2,000 untuk golongan berpendapatan sederhana serta peruntukan serta insentif pembinaan rumah mampu milik.

Sementara itu, Maybank berpendapat kenaikan Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) bagi tahun ketiga dan harga minimum hartanah yang boleh dibeli warga asing bermula RM500,000 hingga RM1 juta serta larangan ke atas projek hartanah dengan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) adalah perlu, untuk memastikan kenaikan harga hartanah terkawal dan mencegah ketidakstabilan aktiviti spekulatif.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");