Berita Hari Ini

Bajet 2014 perlu tumpu baiki kewangan

NAZIR CIMB

BAJET 2014 perlu memberi keutamaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan semasa kerajaan, dan orang ramai diminta tidak terlalu berharap sebarang insentif kewangan dalam bajet itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, bajet kali ini akan menjadi paling mencabar kepada kerajaan dengan apa yang berlaku pada peringkat global seperti pengaliran dana dan kemunculan pasaran baru.

“Saya tidak rasa semua orang harus harapkan insentif kerajaan kerana kita sudah terlalu lama selesa dengan harapkan insentif kerajaan sepanjang masa.

“Kita perlu tumpukan kepada kewangan kerajaan bagi mengurangkan defisit yang akan ditanggung negara,” katanya semasa ditanya mengenai harapan beliau dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan Jumaat ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Bajet 2014 juga diharap lebih terarah kepada pengurusan perbelanjaan kerajaan dengan mendapatkan inisiatif baru untuk mengumpul pendapatan terutama melalui penswastaan projek kerajaan.

Beliau ditemui ketika merasmikan produk terbaru CIMB iaitu Plug n Play di Kuala Lumpur, semalam.

Produk itu menawarkan khidmat bayaran elektronik dengan lebih selamat menggunakan telefon pintar dan tablet.

Peniaga hanya perlu memuat naik aplikasi Plug n Play dalam telefon pintar sebelum mencucuk masuk alat pembaca kad mudah alih. Alat itu kemudian akan mengimbas kad kredit atau debit yang dimasukkan ke dalam pembaca kad tersebut untuk membuat bayaran.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");