Jenayah

Bangsal dalam hutan diserbu

bangsal diserbu

KUALA TERENGGANU – Taktik sekumpulan warga asing yang membina bangsal di dalam hutan bagi menggantikan rumah kongsi mereka, terbongkar apabila diserbu di kawasan hutan belukar berhampiran Universiti Darul Iman (UDM), Kampung Pengkalan Kubur, Tembila, Besut, Sabtu lalu.

Kesemua warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan itu sanggup tinggal di dalam bangsal yang hanya beralaskan papan dan berbumbungkan plastik hitam tanpa sebarang dinding, semata-mata bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4.20 pagi, didapati seramai 19 warga asing, masing-masing dari Indonesia dan Vietnam tinggal di dalam bangsal tersebut yang dibina berdekatan di antara satu sama lain.

“Ketika serbuan dilakukan, kesemua mereka sedang lena tidur, bagaimanapun sejurus menyedari kehadiran kami, ada di antaranya cuba melarikan diri menyorok dalam belukar.

“Namun, usaha mereka gagal kerana seluruh kawasan tersebut telah dikepung sebelum masing-masing ditahan untuk pemeriksaan keseluruhan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Mohd Shahrir, pemeriksaan mendapati 19 warga asing iaitu 10 daripadanya warga Indonesia dan selebihnya warga Vietnam didapati tidak memiliki sebarang permit sah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.

Selain itu, dalam serbuan berasingan yang dilakukan tiga jam sebelum itu, iaitu kira-kira jam 12.30 pagi, seramai enam warga Kemboja ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Alor Lintang, Besut.

Mohd Shahrir berkata, hasil pemeriksaan turut mendapati keenam-enam warga Kemboja ini tidak memiliki sebarang permit sah.

“Siasatan awal juga turut mendapati mereka tinggal di situ atas alasan mencari rezeki menjual ais krim di kawasan kampung berhampiran,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");