Berita Hari Ini

i-City buka hotel pertama 2014

ICITY

PEMAJU utama bandar siber i-City, I-Bhd dijangka melancarkan hotel pertama, Hotel Best Western menjelang September 2014, iaitu satu daripada dua hotel yang akan dibuka di lokasi pelancongan di Shah Alam, Selangor itu.

Timbalan Pengerusi I-Bhd Datuk Eu Hong Chew berkata, selain Hotel Best Western, i-City akan turut membina Suite Perkhidmatan Best Western menerusi kerjasama dengan Best Western International (BWI) yang akan menyediakan kemudahan hospitaliti dan khidmat pengurusan bangunan itu bagi tempoh lima tahun dengan pilihan tambahan lima tahun lagi.

“Kedua-dua projek ini sudah pun bermula dengan Hotel Best Western memulakan kerja-kerja pembinaan sejak tahun lalu. Hotel ini akan dibuka kepada orang ramai mulai September tahun depan manakala Suite Perkhidmatan Best Western dijangka siap pada 2016.

“Kami jangka kehadiran pengunjung lebih tinggi terutama ke Taman Tema i-City dengan pembinaan Hotel Best Western yang dilengkapi 216 bilik,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian bersama BWI yang disaksikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Eksekutif I-Bhd Tan Sri Lim Kim Hong di Shah Alam, semalam.

Pembangunan hotel itu akan dibuat melalui kerjasama dengan BWI dan mempunyai nilai pembangunan kasar RM50 juta.

Sementara itu, menurut Naib Presiden BWI Bahagian Operasi Antarabangsa – Asia dan Timur Tengah Glenn de Souza, pembinaan hartanah di i-City adalah antara empat projek BWI yang bakal beroperasi di Lembah Klang menjelang tahun depan dan jenama itu akan diperluas ke utara semenanjung seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang, Iskandar Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, perjanjian I-Bhd dan BWI bukan sahaja landasan terbaik jadikan Shah Alam destinasi pelancongan antarabangsa tetapi sebagai antara usaha kerajaan negeri menjadikan Shah Alam sebagai bandar urban.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");