Sukan Hari Ini

Bukan kemenangan selesa

MENANG

KEMENANGAN 2-1 di tempat lawan belum cukup melegakan kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi yang menganggap mereka sepatutnya menang dengan keputusan lebih besar dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia kelmarin, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.

Menurut Badhri yang dikenali sebagai Piya, berdasarkan peluang tercipta sepanjang perlawanan itu mereka sepatutnya meraih sekurang-kurangnya 3-1 namun disia-siakan ekoran penyudah tumpul.

Justeru katanya, kemenangan itu belum memberi jaminan kepada mereka untuk melangkah lebih jauh kerana masih banyak kelemahan yang dikenal pasti pada perlawanan tersebut.

“Ini keputusan kurang selesa sebenarnya untuk dibawa ke Kota Bharu kerana berdasarkan apa yang kami tunjukkan malam ini (Jumaat), kami sepatutnya dapat jaringkan lebih banyak gol.

“Jika dapat lebih daripada dua jaringan melalui kemenangan 3-1, baru saya anggap itu bekalan selesa.

“Begitu pun, saya tetap bersyukur dan berasa sedikit gembira kerana kita masih mampu mengakhiri perlawanan ini dengan
kemenangan meskipun keputusan seri sudah cukup untuk kami di tempat lawan.

“Saya juga puji barisan pertahanan dan pemain lain yang beraksi cemerlang dan jika kami mengekalkan kecemerlangan ini, tidak mustahil kita akan layak ke final,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada masa sama, Piya mengingatkan ATM bukan sebuah pasukan cepat mengaku kalah dan merasakan mereka pasti akan bangkit di Stadium Sultan Muhammad IV dalam aksi timbal balik minggu depan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");