Isu Panas

Bantah kehadiran ahli muflis

SEREMBAN

SEREMBAN – Persidangan Umno Bahagian Seremban, semalam terhenti seketika apabila Datuk Md Yusop Harmain Shah yang bertanding merebut jawatan ketua bahagian tampil ke tengah dewan membuat bantahan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, Md Yusop bangun mempertikaikan kehadiran beberapa ahli yang telah diisytiharkan muflis, tetapi dibenarkan masuk ke mesyuarat yang berlangsung di Dewan Pusat Komuniti Pantai itu.

Menurut beliau, ahli yang telah diisytiharkan muflis sepatutnya tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat dan mengundi, melainkan mendapat kebenaran daripada Ibu Pejabat Umno Pusat di Kuala Lumpur.

“Saya ingin mempersoalkan, mengapa mereka masih dibenarkan masuk ke dalam dewan ini menghadiri mesyuarat? Sepatutnya perkara ini tidak boleh terjadi dan pihak urusetia juga perlu peka dengan masalah ini.

“Saya tahu siapa yang muflis kerana saya juga ada senarai 15 orang nama mereka, namun saya tidak mahu mengaibkan mereka di sini,” katanya di hadapan 449 perwakilan yang hadir pada persidangan berkenaan, semalam.

Menurut Md Yusop, perkara ini perlu disiasat dan diteliti bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Seremban, M.Rosli Alias ketika ditemui berkata, isu ahli muflis hadir ke mesyuarat pemilihan sebenarnya tidak tepat.

Menurutnya, sebaik sahaja senarai nama ahli yang muflis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno, pihaknya telah menghantar surat kepada ahli terbabit dan memberitahu mereka tidak dibenarkan datang bermesyuarat.

“Malah, dalam pemerhatian kita juga, tiada ahli yang membuat pemilihan atau yang hadir pada mesyuarat tersebut,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");