Berita Hari Ini

Dana RM600j untuk PKS dan sektor halal

MUSTAPHA

KERAJAAN akan memperuntukkan RM600 juta bagi Dana Pembangunan Halal dan Dana Teras yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), SME Bank dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk memperkasakan lagi ekonomi Bumiputera.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, RM320 juta disediakan untuk Dana Teras bagi pembiayaan di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) dan RM280 juta bagi Dana Pembangunan Halal khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan halal.

“Bagi Dana Pembangunan Halal, RM80 juta telah diluluskan kepada 20 syarikat kebanyakannya dari sektor makanan dan minuman sejak akhir September lalu dan RM200 juta lagi akan disalurkan menjelang suku pertama tahun depan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian bagi kedua-dua dana itu di Kuala Lumpur, semalam.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");