Isu Panas

DAP tidak usah terlalu mementingkan diri bila berpolitik

lim guan eng latest

Oleh Timmy Say:-

Pakatan Rakyat akan bermesyuarat mengenai isu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan Allah bagi orang bukan Islam.

Jadi persoalannya, perlukah DAP membuat penyataan tegas bahawa ia tetap dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah Allah.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, berkata pendirian DAP yang tegas ini tidak mewakili suara pakatan pembangkang.

Pedang DAP sangat merugikan kerjasama dalam PR.

Jika PR membuat keputusan yang selari dengan DAP, DAP akan untung berganda kerana di mata bukan Islam, DAP terbukti ada pengaruh besar dalam Pakatan Rakyat.

Pada masa sama, di mata orang Islam, tuduhan PAS sebagai kuda DAP akan terus menjadi sesuatu yang benar.

Politik mementingkan diri ini sangat tidak menguntungkan sesiapa.

Ya, sentimen bukan Islam dan golongan orang Islam yang memahami isu Allah ini berpihak pada mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Tetapi, ada juga sebahagian besar orang Islam yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

DAP mempunyai hak untuk membuat kenyataannya, tetapi pada masa sama, kurangkan permainan politik bersifat pentingkan diri sendiri ini.

Sudah tahu ada mesyuarat hari ini, mengapa tidak boleh tunggu dan membuat kenyataan bersama.

Umum mengetahui isu Allah ini sangat sensitif pada PR, terutamanya PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah membuat penjelasan baru-baru ini bahawa tiada undang-undang yang boleh menghalang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah.

Abdul Hadi juga tegaskan penggunaan nama Allah tidak harus disalahguna pada orang Islam oleh bukan Islam. Mudahnya, ia tidak boleh sesekali digunakan untuk tujuan mengajak orang Islam untuk keluar dari agamanya.

Oleh itu, tidak perlulah DAP untuk ‘jump the gun’ sebelum mesyuarat bermula. Tindakan DAP seolah-olah memaksa agenda mesyuarat beralih ke satu penjuru yang menguntungkannya.

Hasil mesyuarat ini akan dipandang serong. Jika pandangan PR selari dengan DAP, DAP akan muncul hero. Jika pandangan PR tidak selari dengan DAP, akan wujud persepsi perbalahan antara tiga komponen parti, dan DAP muncul sebagai parti yang tegas mempertahankan pendiriannya.

Jadi apa untungnya pada PR apabila DAP menegaskan pendiriannya sebelum mesyuarat bermula?

Tiada yang untung, selain DAP. Keuntungan yang diperolehi DAP ini akan menjauhkan PR daripada Putrajaya di PRU14 nanti.

Tulisan ini bukan mengenai isu Allah tetapi lebih kepada sikap DAP dalam kerjasama PR.

Lebih teruk lagi, yang teraniaya dalam isu ini ialah PAS dan PR yang bakal berdepan jentera BN untuk mempertahankan DUN Sungai Limau 4 November ini.

Diharap PKR dan PAS dapat sama-sama menegur DAP dalam hal ini (bukan isu Allah, tapi cara berpolitik DAP) supaya perjalanan mereka ke arah menawan Putrajaya tidak menemui kebuntuan. – 17 Oktober, 2013.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");