Berita Hari Ini

Dua opsyen dibentang kepada kabinet isu AES

hishammuddinhussein400px_3

PUTRAJAYA – Pembayaran separuh atau pulangan separuh bayaran antara opsyen yang akan dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada kabinet berhubung isu saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibayar sebelum 18 September.

Pemangku Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain itu ada beberapa opsyen lain akan diusulkan kepada kabinet minggu depan untuk memberi keadilan dan atas kepentingan awam mengenai isu saman sebelum tarikh itu.

“Opsyen berkenaan kita telah kaji akibatnya. Antaranya, kalau hendak kurangkan kadar apa, tempoh mana, jadi bagaimana mereka yang telah membayar awal. Orang terlepas pandang betapa susahnya perkara melangkaui beberapa kementerian,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan AES di kementeriannya di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan bahawa jawatankuasa berkenaan bersetuju menetapkan kadar baharu kompaun AES diturunkan kepada minimum RM150 bermula 18 September lalu.

Bagaimanapun, kadar saman itu bergantung kepada tempoh pembayaran saman dan had laju yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di mana saman maksimum ialah sebanyak RM300.

Namun beliau enggan mendedahkan opsyen-opsyen lain sehingga diputuskan kabinet tetapi percaya ia merupakan cadangan berbentuk.

Hishamuddin berkata cadangan opsyen-opsyen berkenaan adalah kerjasama tiga jawatankuasa kecil AES iaitu Perundangan diterajui oleh Peguam Negara, Kewangan oleh Kementerian Kewangan, dan Operasi diambil alih Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ.

Perkembangan lain, Hishammuddin berkata kementerian akan mendedahkan laporan penuh mengenai tragedi bas terjunam ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands yang mengakibatkan 37 maut pada Ogos lalu, selepas terima laporan lengkap

– BERNAMA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");