Berita Hari Ini

Kebocoran radioaktif 70 kali ganda

RADIOAKTIF

TOKYO – JEPUN. Hujan lebat berterusan di loji nuklear Fukushima menyebabkan kebocoran air radioaktif dan dipercayai turut mengalir ke dalam laut, menurut pengendali Tokyo Electric Power (Tepco).

Jurucakap Tepco berkata, insiden itu berlaku apabila sekatan menghalang air radioaktif daripada melimpah mengalami rekahan.

“Air itu mengandungi isotop penyebab barah, Strontium-90 pada paras 70 kali ganda lebih tinggi,” katanya dipetik AP.

Dalam perkembangan lain, kira-kira 1,200 anggota keselamatan meneruskan usaha mencari 19 mangsa hilang dalam kejadian tanah runtuh selepas taufan Wipha membadai di Pulau Oshima, selatan Tokyo, minggu lalu.

Datuk Bandar Oshima, Masafumi Kawashima berkata, mereka terpaksa menggandakan usaha mencari kerana taufan Francisco yang membawa angin lebih kencang dijangka menuju ke arah barat laut negara itu Khamis ini.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");