Berita Hari Ini

GITEX: Matrade urus Pavilion

(MATRADE)

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade) sekali lagi akan mengurus Pavilion Malaysia pada Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) 2013 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari Ahad hingga Khamis depan.

Matrade berkata 13 syarikat Malaysia akan mengetengahkan produk dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masing-masing pada pameran lima hari itu.

“Ini termasuk penyelesaian keselamatan, penyelesaian enkripsi dan pengesahan serta penyelesaian pemantauan dan pengesanan kenderaan.

“Turut dipamerkan ialah aplikasi kewangan secara dalam talian, perkhidmatan perundingan pusat dalam reka bentuk dan binaan, pembangunan perisian, penyelesaian perniagaan, aplikasi mudah alih, penyelesaian media mudah alih pintar serta perkhidmatan animasi,” kata Matrade dalam satu kenyataan.

Sebagai agensi mempromosi perdagangan negara, Matrade menjenamakan Malaysia sebagai sumber ICT penting dan mengetengahkan keupayaan Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian ICT yang kompetitif di dunia.

Malaysia merupakan antara 54 negara yang mengambil bahagian pada GITEX 2013 dengan hampir 80 peratus pelawat perdagangan datang dari wilayah Teluk dan Afrika.

“Jualan bernilai RM17.6 juta direkodkan pada GITEX tahun lepas. Tahun ini, Matrade menyasarkan jualan yang lebih tinggi sepanjang lima hari itu,” katanya.

Matrade Dubai turut mengatur mesyuarat perniagaan untuk peserta pameran Malaysia serta menjalankan aktiviti promosi dan pengiklanan menerusi pelbagai media bagi mempromosikan kehadiran syarikat-syarikat Malaysia di GITEX.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");