Sukan Hari Ini

Had Umur Atlet Sukma Kekal Bawah 21 Tahun – Zolkples

zolkaplesHad umur penyertaan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) dikekalkan kepada atlet bawah 21 tahun dan Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur, tidak bercadang meminda syarat tersebut.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong berkata had umur tersebut adalah paling sesuai bagi program pembangunan sebelum seseorang atlet berkenaan dapat mewakili skuad kebangsaan.

“Objektif utama penganjuran Sukma adalah untuk mencungkil bakat atlet di peringkat negeri dan daerah supaya dapat dilatih untuk mewakili negara di peringkat lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau menjelaskan had umur atlet untuk Sukma adalah ideal untuk program pembangunan memandangkan persatuan sukan kebangsaan menganjurkan pertandingan bawah 18 tahun dan atlet berumur lebih 23 tahun sepatutnya sudah mewakili negara.

“Kita tidak mahu atlet berumur 19 atau 20 tahun baru hendak belajar cara bersukan secara serius. Oleh sebah itu, kita kena beri pendedahan dari peringkat awal lagi,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");