Perak Hari Ini

Hamzah Pertahan Ketua UMNO Bahagian Gopeng,

mt

Keputusan pemilihan UMNO Bahagian Gopeng masih memihak kepada penyandangnya, Datuk Hamzah Kassim yang memperoleh sebanyak 240 undi, sekaligus menewaskan pesaing terdekatnya, Mejar (B) Roslan Zakaria yang sekadar mendapat 157 undi.

Hamzah menang dengan majoriti 83 undi sahaja manakala bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saidin Kadri Abd Malek hanya memperoleh 67 undi.

Calon tunggal wanita, Hamizura Osman juga tewas dalam persaingan itu selepas memperoleh 22 undi perwakilan.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Hang Tuah Din@ Mohamed Din menang dengan 338 undi manakala pencabarnya, Lope Azmee Adnan tewas apabila hanya memperoleh 141 undi.

Jawatan Naib ketua Bahagian pula dimenangi oleh Mohamad Annuar Baharudin yang mendapat sebanyak 295 undi.

Jumlah keseluruhan perwakilan yang layak mengundi semalam adalah seramai 491 orang yang mewakili 88 cawangan UMNO Bahagian Gopeng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");