Membawang Hari Ini

Ilmu agama pikat hati

diana

Diana yakin Mohd Habib Bullah mampu bimbing, perbetul diri andai terkhilaf

Yakin Mohd Habib Bullah A Rahman mampu menjadi pemimpin keluarga serta memperbetulkan dirinya andai terkhilaf, membuatkan pelakon, Diana Amir menerima pensyarah itu sebagai bakal suami.

Berkenalan pada 2011 disusuli ikatan pertunangan September tahun lalu, akhirnya Jumaat ini, Diana dan Mohd Habib Bullah akan disatukan sebagai suami isteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dalam majlis yang dijangka dihadiri kira-kira 250 tetamu.

Mahu mendahulukan syariat Islam pada hari bersejarah mereka, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 27, tidak membawa dulang hantaran sebaliknya hanya senaskah al Quran, cincin dan mas kahwin.

“Kami memilih bersederhana. Islam juga menyatakan sederhana itu lebih baik.
Sebab itu tiada dulang hantaran. Kami hanya ingin mengetengahkan ajaran Islam selain minta pendapat mereka yang arif mengenai majlis persandingan nanti.

“Bagaimanapun, kami dulukan yang wajib iaitu nikah. Resepsi dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum dapat ditentukan. Doakan semoga perkahwinan kami diberkatiNya,” kata Diana pada pengumuman pernikahannya di pejabat MIG di Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Turut hadir, bakal suaminya, Mohd Habib Bullah serta Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo. Atas permintaan kedua-dua bakal mempelai, mereka meminta media merakamkan gambar berdua hanya pada hari pernikahan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");