Berita Hari Ini

Polis minta kekang jenayah guna CCTV

cctv

KOTA BHARU – Polis meminta kerjasama 20 agensi kerajaan dan swasta di negeri ini untuk sama-sama memerangi jenayah menggunakan kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata di bawah program ‘Safe Cam’ yang dilancarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun lepas, pemilik premis yang mempunyai CCTV boleh membantu polis dengan memberi rakaman kejadian jenayah di kawasan mereka.

“Pada hari ini, kami panggil pemilik premis untuk mendengar taklimat berhubung program ‘Safe Cam’ itu bagi memberi lebih kefahamanan kepada mereka sebelum mengadakan perjanjian persefahaman bagi membendung kegiatan jenayah.

“Antara kelebihan pemilik premis yang mengikuti program ini ialah polis akan menjalankan rondaan lebih kerap di kawasan premis mereka,” katanya ketika menyampaikan taklimat Program ‘Safe Cam’ Polis Diraja Malaysia Bersama Pemilik CCTV di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Ahad.

Program ‘Safe Cam’ itu merupakan satu daripada inisiatif kerajaan persekutuan di bawah program 1Aman-United Againts Crime yang terkandung dalam program Transformasi Kerajaan bagi memperluaskan kejayaan mengurangkan aktiviti jenayah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");