Berita Hari Ini

Industri pelancongan sasar RM76 bilion

muhyiddin1

MELAKA – Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 menyasarkan rekod baharu 28 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan perbelanjaan pelancong sebanyak RM76 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bertemakan ‘Celebrating 1Malaysia, Truly Asia’, beliau berkata inisiatif di bawah TMM akan menonjolkan tarikan unik kekayaan kebudayaan dan warisan negara melalui pelbagai kumpulan etnik yang hidup dengan harmoni.

“TMM 2014 bukan hanya mengenai menganjurkan lebih banyak acara dan memperhebat pemasaran serta promosi, yang paling penting ialah menyiapkan negara untuk bersedia menawarkan hospitaliti rakyat Malaysia dan menukar pemikiran mereka dalam usaha Malaysia menjadi negara yang mesra pelancong.

“Dalam proses itu, TMM 2014 menggerakkan keseluruhan industri dan negara untuk meningkatkan rantaian nilai produk dan perkhidmatan pelancongan yang boleh menyumbang ke arah menjadikan Malaysia destinasi pelancongan utama,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Pelancongan Dunia 2012 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) Zoltan Somogyi.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");