Jenayah

Peluru dihantar bagi ujian balistik

isu tertembak

Ipoh: Peluru pistol berjaya dikeluarkan doktor dari kerongkong kanak-kanak, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, akan dihantar untuk ujian balisitik dan pemeriksaan jabatan kimia bagi tujuan siasatan penuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kaw ketika dihubungi berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan terhadap kejadian seorang anggota polis dikatakan secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah mangsa terbabit pada 14 Oktober lalu.

“Difahamkan kanak-kanak itu sudah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

“Peluru pistol itu sudah diambil untuk dihantar bagi menjalani ujian balistik dan jabatan kimia.

“Ia perlu dilakukan bagi menilai sama ada peluru itu dari senjata digunakan anggota yang menembak mangsa atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, siasatan mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum kertas siasatan dapat dilengkapkan.

Beliau berkata, jika terbukti bersalah, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap anggota polis terbabit.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataannya sebelum ini tidak menolak kemungkinan tembakan itu dilakukan dengan sengaja terhadap mangsa.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");