Sukan Hari Ini

Jazeman harap tuah di Barcelona

jazeman

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar mengharapkan tuah mengiringinya apabila turun beraksi di litar kegemarannya menjelang perlumbaan terakhir Siri Kejuaraan Dunia Formula Renault 3.5 di Litar Catalunya, Barcelona yang berlangsung pada 19 dan 20 Oktober ini.

Pernah mencatatkan keputusan podium di litar ini ketika beraksi dalam saingan Formula BMW Eropah, seakan memberikan semangat buat pelumba di bawah Program Pembangunan Bakat Petronas ini untuk mencatatkan keputusan memberangsangkan pada perlumbaan pusingan kesembilan nanti terutama bagi menebus kehampaan pada perlumbaan lepas.

“Barcelona merupakan salah satu litar kegemaran saya. Saya pernah mencipta beberapa rekod yang baik di sini dan saya harap mampu melakukannya sekali lagi serta mengutip mata maksimum.

“Cuaca juga diramalkan baik jadi saya harapkan satu perlumbaan yang hebat pada hujung minggu ini,” kata Jazeman.

Jazeman sebelum ini kecewa akibat masalah jentera ketika perlumbaan di Litar Paul Ricard, Perancis ingin memastikan kejadian itu tidak berulang kembali dan tidak menjejaskan peluangnya untuk mengutip mata di Barcelona.

Sesi latihan pertama akan berlangsung pada Jumaat, diikuti perlumbaan pertama pada Sabtu. Perlumbaan kedua berlangsung pada hari Ahad.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");