Berita Hari Ini

Kadar Baru Tambang Teksi Diumum Suku Pertama 2014

teksi

KUALA LUMPUR: Satu kadar baru tambang perkhidmatan teksi di Semanjung Malaysia akan diumumkan pada suku pertama tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kadar baru itu akan ditetapkan selepas mengambil kira hasil kajian dan semakan holistik yang dijalankan oleh agensi terbabit dan semua pihak yang terlibat.

“Pelarasan kadar baru secara holistik ini akan mengambil kira enam kos komponen iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyelenggaraan, overhead dan kos buruh selain kos hidup dan kualiti perkhidmatan,” katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi – Kajian Kadar Tambang Teksi di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Menurut Syed Hamid, penetapan kadar baru itu adalah bersesuaian kerana kali terakhir ia disemak semula pada 2009.

Berita selanjutnya selepas ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");