Isu Panas

Syed Abdul Razak Tawar Diri Tanding Naib Presiden Gerakan

syed

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik antarabangsa, Syed Abdul Razak Alsagoff pada Jumaat menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden Gerakan pada pemilihan parti itu Sabtu depan.

Syed Abdul Razak, 53, berkata beliau mengambil keputusan itu bagi menangkispersepsi sesetengah pihak bahawa Gerakan adalah parti yang didominasi satu kaumselain ingin meningkatkan martabat parti itu ke arah kegemilangan.

Anggota Jawatankuasa Gerakan Selangor itu berkata, bagi merealisasikan misinya itu, beliau berhasrat menambah bilangan anggota Melayu sebanyak 15 ke 20 peratus berbanding lima hingga tujuh peratus sekarang.

“Saya ingin menambah keanggotaan orang Melayu dan India supaya boleh mengimbangi keanggotaan Gerakan, saya juga ingin memainkan peranan efektif supaya orang di luar sana tidak kata parti Gerakan didominasikan kaum Cina tetapi ia parti 1Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kali terakhir Gerakan dipimpin oleh orang Melayu ialah sekitar 1968-1969 apabila Syed Husin Alatas menjadi Presiden Gerakan.

Syed Abdul Razak juga yakin kefasihannya berbahasa Hokkien dan Kantonis serta Bahasa Inggeris mampu menawan lebih 1,800 perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan minggu depan.

“Saya ingin membantu pucuk pimpinan, presiden dan timbalan presiden yang baharu nanti untuk sama-sama menaikkan martabat Gerakan sebagai parti 1Malaysia,” katanya.

Beliau pernah menganggotai Umno pada tahun 1989-1994 sebagai Bendahari Umno Cawangan Jalan Sultan Ismail sebelum mula menyertai Gerakan pada Jun 2008 dan kini merupakan Ketua Cawangan Kampung Melayu Subang.

Pencalonan untuk pemilihan bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden Gerakan akan berlangsung pada Sabtu manakala pengundian akan diadakanpada Persidangan Perwakilan Gerakan ke-42 pada 26 Oktober ini.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");