Jenayah

Kanak-kanak hilang ditemui selamat

KANAK2

BALING – Empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang di hutan Gunung Inas sejak malam Aidiladha ditemui selamat.

Kesemuanya ditemui ketika sedang berjalan keluar dari hutan kira-kira jam 8 malam kelmarin bersama lelaki yang membawa mereka, kira-kira 1 kilometer dari kawasan perumahan penduduk.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan Md Nadzir Osman berkata, kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan keletihan dan masih trauma kerana terperangkap hampir 30 jam dalam hutan itu.

“Mereka telah dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan empat kanak-kanak, Ainaadia Mat Dahari, 13, Ahmad Mohamad, 11, Mohd Hafiz Rizuan, 14, dan Rohaizat Jamaludin, 10, dilaporkan hilang di dalam hutan tersebut sejak hari raya pertama.

Mereka dikatakan mengikut seorang lelaki dewasa yang mengajak mereka ke hutan untuk menjebak burung sebelum tersesat di dalam hutan.

Susulan itu, gerakan mencari dilakukan pasukan penyelamat dan penduduk kampung bermula malam kehilangan mereka dilaporkan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");