Sukan Hari Ini

Kemelut Pafa Azraai selesai

azrai lagi

TERJAWAB sudah segala persoalan mengenai status serta kedudukan ketua jurulatih Liga Super Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah apabila pengendali berpengalaman itu akhirnya menandatangani surat Perjanjian Persetujuan Tamat Kontrak di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), baru-baru ini.

Setelah hampir seminggu isu berkenaan hangat diperkatakan dalam kalangan penyokong serta peminat bola sepak Perak, kedua-dua belah pihak (Pafa dan Azraai) dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama bagi menamatkan kontrak jurulatih berpengalaman itu.

“Lega dan seronok sekali kerana semua kemelut telah selesai. Terima kasih kepada Pafa yang memberi peluang untuk berkhidmat selama semusim bersama mereka.

“Tidak lupa juga kepada semua penyokong atas sokongan padu mereka selama ini. Saya terharu dan akan merindui anda semua.

“Buat masa ni, saya hanya mahu berehat buat seketika sambil melihat perkembangan terkini khususnya mengenai perkara yang bakal berlaku susulan daripada perletakan jawatan saya.

“Memang ada tawaran yang saya terima daripada pasukan lain, tapi rasanya tak sesuailah nak umumkan sekarang,” katanya.

Azraai turut menjelaskan tidak ada ‘sebab’ sebenar yang mendorong dirinya mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super Perak.

“Pihak pengurusan sebelum ini telah memaklumkan mereka (pengurusan) memiliki ‘perancangan’ lain dan sudah tiba masa kita tamatkan kontrak.

“Di sini, ingin saya tegaskan bahawa kedatangan saya ke Perak adalah untuk pikul tugas sebagai ketua jurulatih, bukannya untuk tugas-tugas lain kerana saya yakin dengan kemampuan saya.

“Namun secara keseluruhannya, bagi saya perkara seperti ini adalah perkara biasa bagi semua jurulatih. Yang penting sebagai orang timur, kita datang dengan elok, kita keluar pun dengan elok, tak payah berbalah-balah. Bagi saya, life goes on, rezeki ada di mana-mana, insyaALLAH,” ujarnya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");