Sukan Hari Ini

Chong Wei tepati ramalan

le chong wei

PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai kemaraan ke pusingan suku akhir Siri Super Terbuka Perancis 2013, selepas menang mudah di pusingan kedua semalam dengan menewaskan pemain India, Ajay Jayaram di Stadium Pierre de Coubertin, Paris.

Chong Wei yang merupakan pemain pilihan pertama kejohanan hanya memerlukan 45 minit untuk menunjukkan jalan keluar kepada pemain India tersebut dengan 21-18, 21-18 sekali gus menempah slot ke suku akhir dan akan bertemu pemain Thailand, Boonsak Ponsana, demikian menurut laman web kejohanan www.yonexifb.com.

Sementara itu, turut cemerlang ialah beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mengetepikan cabaran beregu Jerman, Michael Fuchs-Johannes Schoettler 21-19, 21-19 dalam masa 43 minit untuk mara ke pusingan suku akhir.

Koo dan Tan yang juga beregu pilihan keempat akan bertemu pasangan, England, Chris Adcock-Andrew Ellis selepas beregu tersebut menewaskan lawan mereka Kim Ki Jung/Kim Sa Rang dari Korea Selatan 22-20, 19-21, 21-18.

Turut mara ke suku akhir ialah satu lagi pasangan beregu lelaki, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang mengalahkan gandingan Hong Kong, Chan Yun Lung-Lee Chun Hei 21-18, 21-18.

Bagaimanapun laluan sukar menanti pasangan tersebut apabila mereka akan bertemu beregu pilihan utama kejohanan, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan.

Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang juga pilihan kelima kejohanan juga mudah mengenepikan pasangan England, Chris Langridge-Olver Heather, 21-18, 21-17 dalam masa 46 minit.

Peng Soon/Liu Ying akan menentang beregu pilihan utama kejohanan iaitu Zhang Nan/Zhao Yunlei dari China pada perlawanan seterusnya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar pemain wanita dalam acara perseorangan dan beregu pada kejohanan siri super bernilai US$200,000 (RM631,530) itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");