Berita Hari Ini

Kenaikan harga rumah dijangka terkawal

rumah

BAGI membendung kenaikan harga rumah yang semakin melambung sejak akhir-akhir ini, kerajaan mengumumkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang ingin dijual semula dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.

Sebelum ini, kadar RPGT adalah 15 peratus bagi hartanah yang ingin dijual dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan kerajaan dan sektor swasta akan membina 223 ribu unit rumah baru tahun depan bagi menaikkan bekalan rumah di pasaran.

Secara mudahnya, RPGT adalah cukai yang dibayar apabila individu atau syarikat menjual hartanah yang dimiliki mereka.

Dengan kadar RPGT baru ini, mereka perlu membayar 30 peratus daripada nilai keuntungan kepada kerajaan dalam bentuk cukai jika rumah itu dijual dalam tempoh tiga tahun selepas ia dibeli, kecuali beberapa pengecualian yang telah ditetapkan.

Manakala jika rumah itu dijual dalam tempoh empat dan lima tahun, kadar cukai yang dikenakan adalah 20 peratus dan 15 peratus masing-masing. Bagi rumah yang dijual selepas enam tahun, tiada cukai dikenakan.

Langkah ini dijangka dapat membendung isu seperti individu atau syarikat yang membeli rumah hanya untuk menjualnya pada harga lebih tinggi dalam masa terdekat sehingga menaikkan harga rumah di pasaran dan dalam masa sama tidak menjejaskan pembeli yang benar-benar ingin membeli rumah sebagai kediaman mereka.

Pakar ekonomi OCBC Bank Selena Ling berkata, langkah diumumkan kerajaan bagi sektor hartanah dapat membantu mengurangkan ketegangan dalam sektor itu.

“Kenaikan RPGT, nilai minimum hartanah lebih tinggi yang boleh dibeli oleh orang asing, larangan kepada pemaju untuk melaksanakan projek yang ada unsur Skim Tanggungan Faedah Pemaju boleh menyejukkan sektor perumahan.

“Langkah ini selari dengan negara lain di rantau ini yang juga cuba mengatasi masalah kenaikan harga hartanah di negara mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");