Jenayah

Pengusaha kebun rugi hampir RM200,000

bencana

CAMERON HIGHLANDS – Seorang pengusaha kebun sayur-sayuran terkejut dan sedih apabila kebun yang diwarisi daripada keluarganya itu musnah dalam kejadian banjir kilat di Kampung Lembah Bertam, Ringlet, di sini, awal pagi Rabu lalu.

Mangsa, Khor They Keng, 42, berkata, kebun perusahaan sayur-sayuran yang diusahakan sejak 30 tahun lalu musnah sekelip mata.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan abangnya pada jam 1 pagi hari kejadian.

“Abang ada maklumkan saya mengenai kejadian itu tetapi saya tidak menyangka kejadian banjir kilat begitu teruk sehingga meranapkan tanaman saya,” katanya di sini, kelmarin.

Khor berkata, dia membuat laporan polis mengenai mala petaka yang menimpanya itu dan menganggarkan kerugian yang dialami kira-kira RM200,000.

Menurutnya, dia mengusahakan perniagaan sayur-sayuran untuk pasaran Lembah Klang di kebun berkeluasan setengah hektar itu, namun kini pendapatannya terjejas akibat bencana itu.

Sementara itu, seorang pengusaha kebun bunga yang mahu dikenali sebagai Wong, 34, berkata, dia bukan sahaja mengalami kerugian akibat kemusnahan kebun bunganya bahkan turut kehilangan seorang pekerja yang dihanyutkan arus deras.

Dia yang mengusahakan kebun bunga seluas lima hektar berkata, setakat ini dia belum boleh menganggarkan kerugian yang dialaminya.

“Saya akan buat laporan polis dahulu dan selepas itu saya akan anggarkan kerugian yang dialami,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");