Berita Hari Ini

Kerja Membaiki Tiang Jejambat MRR2 Siap – Rosnah

rosnah shirlin

KUALA LUMPUR: Kerja membaiki keseluruhan struktur tiang jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang retak, selesai Sabtu lepas (26 Oktober), persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata kerja membaik pulih keretakan itu melibatkan kontrak keseluruhan bernilai RM102.32 juta.

Beliau memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kerja pembaikan dimulakan pada 12 Ogos 2004 menerusi pelantikan pakar penasihat bebas dari United Kingdom, Halcrow Group Limited melibatkan harga kontrak RM7.52 juta. “Susulan itu, perunding alternatif Leonhard Andra & Partner dari Jerman, mencadangkan kerja pembaikan dilakukan menggunakan kaedah Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) dengan kontrak bernilai RM7 juta,” katanya.

Rosnah berkata demikian menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu tempoh pelaksanaan dan usaha membaiki MRR2 termasuk jumlah kos dan kontraktor terlibat.

Kerajaan dalam usaha membaiki keretakan itu kemudian melantik Bridgex Sdn Bhd untuk kerja membaiki tiang jejambat membabitkan kontrak RM49.9 juta dan kerja pengukuhan tiang jejambat nombor 28 membabitkan nilai RM3.4 juta, katanya.

Bridgex juga dilantik untuk melakukan kerja penggantian keseluruhan tendon jenis ‘Carbon Fibre Reinforced Polymer’ (CFRP) yang rosak akibat tindak balas kimia kepada tendon keluli membabitkan kontrak RM34.5 juta yang dimulakan pada 27 November 2011.

Rosnah juga menjelaskan kerajaan telah memfailkan kes tuntutan ganti rugi terhadap kontraktor utama projek itu di mahkamah.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");