Laporan Eksklusif

Lagi Jemaah Haji Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

TABUNG HAJI

Seorang lagi jemaah Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat masalah jantung di Pusat Rawatan MTB 91, Mina Muassim pada jam 1.15 petang waktu tempatan, semalam.

Allahyarhamah Tumiah Md Tubin, 58, jemaah haji dari Kukup, Johor sebelum ini ditempatkan di MKT 91 Abraj Janadriyyah.

Setakat ini, 11 kematian membabitkan jemaah haji Malaysia telah direkodkan.

Krew Perak Today menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tumiah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh.

Al-fatihah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");