Berita Hari Ini

Lebih ramai dijangka mohon geran MyCC

MYCC

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyasarkan penyertaan lebih ramai pemohon bagi Program Geran Penyelidikan MyCC (RGP) pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sokongan MyCC Datuk S Sothi Rachagan berkata, geran itu dijangka menggalakkan lagi penyelidikan berhubung isu persaingan bebas dalam komuniti perniagaan di negara ini.

“Penyelidikan mengenai isu persaingan penting bagi membentuk dasar persaingan, strategi undang-undang dan aktiviti sokongan,” katanya dalam majlis pemberian geran berjumlah sehingga RM25,000 kepada lapan peserta yang layak di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, permohonan bagi RGP, yang merupakan sebahagian daripada bajet tahunan MyCC dibuka sejak awal tahun ini kepada universiti, institusi penyelidik, institusi pemikir dan persatuan sosial awam.

Sementara itu, menyentuh perkembangan isu denda yang dikenakan MyCC terhadap Malaysian Airlines System Bhd (MAS) dan AirAsia Bhd (AirAsia), Sothi berkata kedua-dua syarikat akan dipanggil untuk membuat pembentangan lisan kepada suruhanjaya itu.

“Proses itu akan mengambil masa lama dan hanya apabila semua proses itu selesai menjelang akhir tahun ini, keputusan muktamad akan diumumkan,” katanya.

MyCC pada 6 September lalu memutuskan MAS dan AirAsia melanggar larangan perkongsian pasaran di bawah Akta Persaingan 2010 melalui satu perjanjian dibuat kedua-dua syarikat pada 2011 dengan masing-masing dikenakan penalti RM10 juta.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");