Perak Hari Ini

‘Lihat Dari Sudut Positif ‘: Samsudin

PERAK TODAY 2

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, berkata para pengguna perlu melihat secara positif tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula yang bertujuan menjaga kesejahteraan rakyat dan negara di masa akan datang.

Katanya, tindakan itu merupakan langkah paling bijak memandangkan tahap kesihatan rakyat yang kian merudum disebabkan pengambilan gula yang berlebihan dalam pengambilan makanan dan minuman seharian.

“Pengguna seharusnya berfikiran positif dengan usaha yang diambil pihak kerajaan ini dalam usaha melahirkan rakyat yang produktif.

“Saya harap rakyat dapat mengurangkan penggunaan gula dari semasa ke semasa dengan kenaikan harga bahan ini dan apa yang penting, kita mestilah melihat secara positif setiap transformasi yang dilaksanakan kerajaan dan bukannya berfikiran negatif sahaja,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga di Tesco Kampar, dekat Kampar, hari ini.

Mengulas lanjut, Samsudim memberitahu tindakan yang diambil kerajaan itu membuktikan kerajaan prihatin dengan kesihatan rakyat, yakni seiring dengan slogan mendahulukan rakyat.

“Sudah pastinya, kajian mengenai tahap kesihatan rakyat telah dilakukan dan mendapati statistik penduduk yang berpenyakit disebabkan pemakanan adalah lebih tinggi berbanding dengan yang mereka yang sihat sepenuhnya,” tambahnya.

Di samping itu, jelasnya, kesejahteraan isi rumah juga akan terjejas akibat pengambilan kuantiti gula yang terlalu banyak.

“Menjadi suatu kerugian kepada sesebuah isi rumah jika ketua keluarga yang mencari pendapatan menghidapi kencing manis hingga terpaksa berhenti kerja, sekaligus menganggu-gugat institusi kekeluargaan,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga menasihati peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman yang menggunakan bahan itu hanya disebabkan pemansuhan subsidi gula.

“Saya juga berharap agar rakyat dapat berganding bahu membantu kerajaan memelihara kesejahteraan negara secara bijaksana,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");