Membawang Hari Ini

Pelakon Pink Panther meninggal dunia

pink panter

PELAKON komedi British, Graham Stark, yang dikenali melalui filem Pink Panther disahkan meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Pelakon itu meninggal dunia di London, Selasa lalu akibat strok.

Stark yang dilahirkan di Wallesey, Merseyside mula terjun dalam dunia lakonan pada usia 13 tahun dalam sebuah pentomen di teater Lyceum.

Beliau turut membintangi beberapa siri komedi TV seperti The Idiot Weekly, A Show Called Fred dan Benny Hill.

Stark turut muncul dalam Victor Victoria, Superman III dan Blind Date.

Stark meninggalkan seorang isteri yang juga seorang pelakon, Audrey Nicholson dan tiga orang anak.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");