Perak Hari Ini

Mesyuarat UMNO Bahagian Gopeng Lancar, 491 Perwakilan Layak Mengundi

mt

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gopeng yang berlangsung di Pusat Kegiatan KEMAS Gopeng berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Mesyuarat yang bermula jam 9 pagi tadi dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Tetapnya, Mohd Rusli Abd Wahab yang mengambil kira setiap teguran perwakilan yang hadir, sekaligus melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut.

Pada pemilihan kali ini, jumlah perwakilan yang layak mengundi di Bahagian UMNO Gopeng ialah seramai 491 orang.

Sementara itu, pihak jawatankuasa pemilihan telah memperuntukkan bilik berasingan bagi pemilihan Majlis Ttertinggi (MT) dan peringkat bahagian untuk mengelak sebarang kekeliruan di kalangan perwakilan.

Pengundian berlangsung sekitar 11 pagi tadi dan dijangka selesai sekitar jam 2 petang nanti.

Proses pengundian kali ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut zon antaranya Zon Sungai Raya, Lahat dan Gopeng.

Persaingan empat penjuru di Bahagian UMNO Gopeng menyaksikan seorang calon tunggal wanita, Hamizura Osman bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian dan bakal bersaing dengan penyandang jawatan, Datuk Hamzah Kasim.

Di awal persidangan, kebanyakan perwakilan tidak mahu calon yang bertanding diperkenalkan kerana sedia maklum dengan maklumat tersebut.

Pengerusi Pemilihan UMNO Bahagian Gopeng, Ahmad Che Ros pula menasihati setiap perwakilan supaya teliti semasa proses pengundian kerana kesilapan meletak undian di kotak yang salah akan dianggap sebagai undi rosak.

Ketika ini, proses pengundian masih berlangsung dan sebanyak 600 kertas undi disediakan pada pemilihan kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");