Laporan Eksklusif

Mualaf Muda Bersyukur Dapat Tatap Baitullah Atas Tajaan 1MDB

fardhu

“Saya merasakan diri ini seolah-olah bermimpi kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di Masjidil Haram dan menatap secara dekat kebesaran Al Batil Atiq, yakni rumah Allah SWT,”.

Demikian pengalaman yang dikongsikan seorang mualaf muda, Muhammad Fardhu Angah, salah seorang jemaah haji Malaysia di bawah tajaan 1MDB yang terpilih mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim 1434H.

Muhammad Fardhu memeluk Islam pada Jun 2005 pada usia 15 tahun dan sejak itu, pemuda berketurunan Temiar dari Pos Tuel, dekat Gua Musang, Kelantan itu terus mendalami agama suci itu di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Kok Lanas.

Pada awalnya, beliau katanya, tidak begitu memberi perhatian terhadap kelas pengajian agama yang disampaikan oleh pendakwah yang datang ke kampungnya.

orang asli

“Segalanya berubah apabila saya mengikuti kelas pengajian di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Kok Lanas dan sejak 2008, saya menjadi pembantu kepada pendakwah yang bertugas di kampung kelahiran saya.

“Antara tugas saya ialah membawa pendakwa masuk ke beberapa kawasan pendalaman untuk membekalkan ilmu pengetahuan kepada kebanyakan anak muda yang menganut agama Kristian.

“Selain membantu pendakwah, saya tetap melakukan kerja harian seperti anak kampung lain termasuklah membantu ibu di rumah, berkebun dan menoreh getah,” ujar pemilik nama asal Jefry Angah itu lagi.

Apabila sudah pandai membaca Al-Quran dan boleh menjadi imam, Fardhu meneruskan pengajiannya di Institut Dakwah PERKIM di Pengkalan Chepa.

Kini, hampir kesemua daripada 700 penduduk dari penempatan Pos Tuel yang merangkumi lima buah kampung sudah memeluk agama Islam.

“Terima kasih kepada pihak 1MDB di atas tajaan untuk mengerjakan ibadah haji pada musim ini.

“Saya akan memberi sepenuh tumpuan untuk mengerjakan ibadah ini agar memperoleh haji yang mabrur,” kata Fardhu lagi.

Muhammad Fardhu adalah antara 800 jemaah haji Malaysia yang terpilih menerima tajaan daripada 1MDB yang terdiri di kalangan imam masjid, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta golongan mualaf yang memeluk Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");