Isu Panas

Mukhriz: Cabaran Umno lebih besar

mukhriz

TOK BALI – Pimpinan Umno pada masa akan datang berdepan cabaran lebih hebat apabila ramai calon muda lebih agresif menjadi pemimpin PR dalam PRU14 nanti.

Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, suatu masa nanti, pemimpin PR yang ada pada hari ini akan berundur dan tempat itu diganti pemimpin baru seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Katanya, Umno mesti bersedia lebih awal untuk berdepan barisan pimpinan baru PR dan pemilihan Umno kali ini saat terbaik untuk perwakilan memilih pemimpin berwibawa.

“Pimpinan Umno tidak perlu lemah dalam meneruskan agenda politik kerana Umno merupakan parti yang lebih serius mengembangkan syiar Islam di negara ini.

“Dalam isu penularan fahaman Syiah misalnya, Pas lebih berkompromi sedangkan Umno berusaha memerangi fahaman itu kerana ia boleh merosakkan akidah umat Islam di negara kita,” katanya.

Belia berkata demikian pada majlis minum petang bersama pimpinan dan perwakilan Umno Bahagian Pasir Puteh di rumah sahabatnya di sini, petang kelmarin.

Majlis santai tapi meriah itu turut dihadiri tiga calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno iaitu Zawawi Othman, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kejayaan Keda menyumbangkan enam kerusi baharu kepada BN cukup membanggakan dan menjadi dorongan kepada beliau untuk mencipta kejayaan lebih baik pada PRU14 nanti.

“Apa yang kita praktikkan di Kedah memang berhasil kerana kita menterjemahkan konsep transformasi yang dibawa perdana menteri dengan baik, saya percaya hasil yang baik akan datang jika kita berani berubah,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");