Jenayah

Ops Tapis: Polis berkas 18 penagih

jenayah

KUANTAN – Polis memberkas 18 penagih dadah lelaki dalam satu operasi di kawasan ladang kelapa sawit Felda Tersang, Cheroh dekat Raub, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Shamsuddin Wan Osman berkata, mereka ditahan sepasukan polis dari Cawangan Narkotik IPD Raub dan anggota Pondok Polis Tersang dalam Ops Tapis yang bermula pukul 5 pagi dan berakhir pada 1 tengah hari.

“Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis melakukan operasi di kawasan itu selepas mendapat maklumat orang awam.

“Mereka yang ditangkap itu bekerja sebagai buruh ladang, selain penganggur yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat melepaskan gian,” katanya.

Wan Shamsuddin berkata, 13 daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi kesalahan memasukkan dadah ke tubuh sendiri.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah agar menghubungi hotline IPD Raub di talian 09-3554 999. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");