Berita Hari Ini

10,870 lembu, kerbau untuk ibadah korban

kerbau9

KOTA BHARU – Sebanyak 10,870 ekor lembu dan kerbau akan disembelih bagi tujuan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha Selasa ini, di Kelantan.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Dr Azri Adzhar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,717 ekor atau 25 peratus adalah sumber bekalan ternakan tempatan manakala 8,153 ekor atau 75 peratus lagi diimport dari Thailand dan Australia.

Umat Islam yang akan melakukan ibadah korban dinasihatiagar mematuhi peraturan ditetapkan seperti memastikan ternakan yang diketahui status kesihatan, mendapat perlindungan vaksin pelalian penyakit kuku dan mulut, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Azri berkata dalam melaksanakan penyembelihan ternakan, umat Islam dinasihati agar menitikberatkan perkara berkaitan kebajikan haiwan sebagaimana ditetapkan syariat Islam.

Antaranya tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih, tidak menyembelih haiwan itu di hadapan haiwan lain yang akan disembelih, tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar, dan memilih cara paling mudah serta paling kurang menimbulkan rasa sakit.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengeluarkan buku berkaitan ‘garis panduan penyembelihan ternakan korban’ sebagai panduan kepada umat Islam.

Katanya pegawai veterinar akan menjalankan pemeriksaan ke premis sembelihan korban secara rawak bagi memastikan daging korban selamat dimakan dan pegawai berkenaan boleh dikenali melalui kad atau tanda kuasa.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");