Perak Hari Ini

Pemilihan UMNO: 18 Ketua Bahagian Berjaya Kekalkan Jawatan

PERAK TODAY 2

Pemilihan UMNO Perak yang membabitkan 24 bahagian di seluruh negeri, semalam menyaksikan 18 Ketua UMNO Bahagian berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Antaranya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berjaya mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lumut tanpa bertanding selain Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Sementara itu, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah turut mengekalkan jawatannya bagi Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar (Ipoh Barat), Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (Parit), Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Regas) dan Datuk Saarani Mohamad (Lenggong).

Manakala bagi Ketua Bahagian yang menang bertanding ialah Datuk Hasbullah Osman (Grik), Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie (Taiping), Datuk Mohd Zolkafly Harun (Sungai  Siput), Datuk Azian Osman (Ipoh Timur), Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim (Batu Gajah), Datuk Abd Manaf Hashim (Beruas), Datuk Hamzah Kasim (Gopeng), Datuk Mohammed Radzi @ Mohd Radzi Manan (Kampar), Datuk Samsudin Abu Hasan (Tapah), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Datuk Khusairi Abdul Talib (Tanjung Malim).

Sementara itu, pemilihan kali ini memperlihatkan enam muka baru dipilih yang mana dua daripadanya menang tanpa bertanding iaitu Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Mohd Azhar Jamaluddin.

Manakala empat lagi muka baru bagi jawatan itu yang menang bertanding ialah Faizul Arby Mohd Shohor (Larut), Abu Bakar Mat Ali (Parit Buntar), Datuk Syed Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar).

Bagi Timbalan ketua Bahagian pula memperlihatkan kemunculan 14 muka baharu yang menang bertanding iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias bagi UMNO Bahagian Larut, Abdullah Salleh (Parit Buntar), Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri (Bagan Serai), Mohd Kamaruddin Abu Bakar (Bukit Gantang), Zainun Mat Noor (Padang Regas), Datuk Shamsul Anwar Sulaiman (Sungai Siput), Ton Zalani Mat Darus (Taiping), Datuk Abdul Ghani Ngah (Ipoh Barat), Mohamad Kamil Shafie (Kuala Kangsar), Hang Tuah Din@ Mohamed Din (Gopeng), Datuk Ibrahim Katop (Pasir Salak), Khairuddin Tarmizi (Bagan Datoh), Nadziruddin Mohamed Bandi (Teluk Intan) dan Kamarul Rashdan Salleh (Tanjung Malim).

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib, proses pemilihan yang berlangsung di seluruh 24 bahagian UMNO Perak semalam berjalan lancar dan setakat ini, pihaknya tidak sebarang bantahan daripada mana-mana pihak berhubung keputusan pemilihan tersebut.

PERAK TODAY 1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");