Perak Hari Ini

Pemilihan UMNO: Badan Perhubungan UMNO Perak Anjur Solat Hajat, Doa Selamat

PERAKTODAY-DS ZAMBRY-24Seramai 300 tetamu menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yassin yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dekat Ipoh, malam tadi.

Menurut Zambry, program itu diadakan bagi memohon kepada Allah SWT agar proses pengundian untuk Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan jawatan peringkat bahagian yang dijadual esok berjalan lancar.

“Selain sokongan moral, kita juga berdoa kepada Allah semoga calon MT dari Perak khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO akan beroleh kemenangan pada pemilihan kali ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis solat hajat serta bacaan Yassin anjuran Badan Perhubungan UMNO Perak.

Turut kelihatan beberapa calon MT yang lain antaranya Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, berharap tiada permasalahan akan timbul semasa proses pemilihan bagi memastikan semangat kekeluargaan UMNO yang sekian lama dipupuk kekal terjamin.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu memberikan sokongan serta semangat kepada calon dari Perak  yang akan bertanding di peringkat MT agar semangat perpaduan dalam parti terus terpelihara,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");