Isu Panas

Pemuda BN tembusi kubu kuat Pas

KJ

YAN – Kerancakan kempen yang digerakkan Pemuda BN di kawasan Dun Sungai Limau melalui pendekatan sederhana memberi impak besar apabila berjaya menembusi kubu kuat Pas.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat penerimaan pengundi muda di Sungai Limau khususnya semakin meningkat kerana faktor mahu melihat kemajuan dan peluang ekonomi di kawasan itu.

Katanya, pengundi muda menaruh harapan tinggi terhadap calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, supaya perubahan dapat dilaksanakan sekiranya BN memenangi PRK kali ini.

“Pengundi muda di sini tahu hanya wakil rakyat BN dan juga kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN dengan bantuan Kerajaan Pusat sahaja yang dapat memberi perhatian kepada pembangunan.

“Saya nampak mereka sudah bersedia untuk memmemberi sokongan kepada BN dengan harapan kerajaan BN akan dapat membawa pembangunan yang diingini. Pengundi di sini semua berpengetahuan dan mendapat banyak maklumat bahawa kejayaan dan peluang ekonomi hanya dapat sekiranya wakil rakyat dari parti kerajaan,” katanya pada sidang media selepas program Walkabout di Pusat Daerah Pengundi (PDM) Bukit Besar dan PDM Permatang Buluh.

Khairy berkata, beliau melihat penerimaan anak-anak muda itu sebagai satu petanda baik bahawa BN mampu menembusi ‘kawasan hitam’ seperti di PDM Bukit Besar, Permatang Buluh dan Kampung Selengkoh.

“Kalau sebelum ini saya diberitahu, nak letak bendera BN pun tak boleh, tapi sekarang kita tengok bendera BN berkibar di sana, poster dan ‘banner’ calon dapat dinaikkan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda BN tidak menganjurkan program besar kerana tidak sesuai dengan suasana masyarakat di kawasan itu.

Menurutnya, pendekatan sederhana lebih sesuai memandangkan Sungai Limau terletak di kawasan luar bandar, manakala PDM saling berjauhan kerana dipisahkan dengan kawasan bendang yang agak luas.

“Di sini juga tidak ada satu pusat untuk kita buat program besar, jika kita buat pun tidak ada impak kerana untuk minta orang datang dari seluruh kawasan tidak praktikal. Jadi kita lebih kepada program yang dibuat di PDM dan setakat ini sudah banyak dilaksanakan.

“Kita adakan program ziarah rumah ke rumah, bantuan peralatan sukan, dan program santai, walaupun pendekatan sederhana tetapi berkesan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");