Perak Hari Ini

Perak Cadang Wujud Perkampungan Belia Di Ipoh

sharul

Kerajaan Perak bercadang mewujudkan perkampungan belia di bandar raya Ipoh bagi mengembangkan potensi dan bakat golongan belia di negeri itu dalam bidang keusahawanan dan sukan.

Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata projek itu merupakan antara pelan strategi lima tahun yang digariskan oleh kerajaan Perak untuk pembangunan golongan belia di negeri berkenaan.

Ujarnya, lokasi projek juga sudah dikenalpasti iaitu di Kompleks Belia dan Sukan yang terletak berdekatan Stadium Perak.

“Untuk tempoh lima tahun akan datang, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan sudah mengenalpasti beberapa strategi untuk pembangunan golongan belia, bidang sukan, komunikasi dan multimedia di Perak.

“Sebagai contoh, kita bercadang mewujudkan perkampungan belia di bandar raya Ipoh yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti tapak perniagaan dan tidak ketinggalan lokasi untuk para pengunjung melakukan aktiviti sukan lasak dan permotoran.

“Pemilihan kompleks itu juga amat bertepatan sekali dan kita akan menambahbaik kemudahan yang sedia ada di situ,” katanya kepada Peraktoday.com.

Mengulas lanjut, Shahrul Zaman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, berkata projek ladang belia juga akan diperkenalkan di bawah pelan strategik terbabit selain menyediakan kemudahan perumahan seperti kampung tersusun buat golongan belia yang baru mendirikan rumah tangga.

Dalam bidang sukan pula, beliau berkata, Perak meletakkan sasaran menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) dalam tempoh lima akan datang.

Menyentuh bidang komunikasi dan multimedia pula, kerajan Perak katanya, mahu menganjurkan lebih banyak aktiviti bagi menambah pengetahuan rakyat melalui akses internet.

Akses internet juga katanya, akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Seiring dengan visi menjadi negeri berteraskan ilmu pengetahuan, aktiviti dan akses internet kemudahan rakyat akan diperbanyakkan lagi dalam tempoh berkenaan.

“Kita mahu mewujudkan lebih banyak kampung tanpa wayar di Perak dan bagi mengatasi masalah dropped calls pula, kerajaan Perak menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi bagi memperbaiki liputan perkhidmatan telefon selular di negeri ini,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");