Perak Hari Ini

Persempadanan Semula Bahagian Lumut Cadangan Yang Baik: DS Zambry

zambry

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan cadangan persempadanan semula kawasan Lumut untuk pilihan raya akan datang merupakan idea yang baik.

Katanya, peningkatan jumlah penduduk di kawasan Manjung dan Lumut menjadi alasan kukuh untuk menyuarakan hasrat atau cadangan perwakilan UMNO Bahagian itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Cadangan perwakilan itu adalah suatu yang menarik kerana semakin ramai penduduk menetap di sekitar Lumut.

“Keputusan mewujudkan parlimen baru boleh dipertimbangkan jika cadangan ini dapat dilaksanakan,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat perwakilan dan pemilihan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Perbandaran Manjung, dekat Lumut, Sabtu.

Tambah Zambry, idea ini akan dikemukakan kepada pihak SPR untuk diteliti sebelum kajian berhubung kesannya terhadap semua pihak dilaksanakan oleh agensi terbabit.

“Apabila sesuatu perkara timbul, kita akan buat kajian dan apabila telah siap, ia akan diperhalusi bagi mengelakkan sebarang masalah di kawasan ini.

“Namun, keputusan tersebut perlulah melalui peringkat SPR dan mendapat persetujuan ramai berhubung persempadanan semula kawasan Lumut,” katanya.

Sementara itu, jelas Zambry, mesyuarat perwakilan serta pemilihan UMNO Bahagian Lumut telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang serius.

Beliau menzahirkan rasa puas hati apabila proses pemilihan berjalan lancar tanpa kekecohan dan berharap keadaan sama dilalui oleh bahagian lain di Perak.

Pada pemilihan kali ini, seramai 365 perwakilan yang mewakili 52 cawangan menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Lumut .

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");