Berita Hari Ini

Sultan berkenan berangkat ke majlis korban

image (1)

KOTA BHARU – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra berkenan berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) diKompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini hari ini.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V berkenan menyembelih dua ekor daripada 60ekor lembu yang disediakan pada majlis itu.

Baginda turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk ibadah korban itu sempenaAidiladha yang disambut umat Islam semalam.

Turut berkenan menyumbangkan lembu korban pada majlis itu ialah TengkuMahkota Kelantan yang juga Yang Dipertua Maik, Pertubuhan Kerabat DirajaKelantan Al-Muhammadi, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan orangperseorangan.

Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda berkata daging korban itu akan diagihkepada 1,500 penerima termasuk fakir miskin. Turut hadir Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan ketua jabatanpersekutuan serta negeri.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");