Jenayah

Wanita mengandung lima bulan maut rempuh van

jenayah

TELOK KEMANG 16 Okt. – Seorang kakitangan Hospital Port Dickson yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah van di Kilometer 13 Jalan Sua Betong, Port Dickson dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian yang pukul 7.15 pagi, mangsa, Norma Loman, 33 yang mengandung lima bulan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Linggi menghala ke Port Dickson untuk menuju ke tempat kerjanya.

“Akibat hujan, mangsa yang memandu Proton Saga masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah van jenis Nissan Vanette dari arah Port Dickson menuju Linggi,” jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini

Katanya, pemandu van, seorang lelaki berusia 30-an, cedera dengan peha kirinya patah. – UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");