Berita Hari Ini

Syarikat Malaysia intai peluang di Iraq

Mohd Mustafa Abdul Aziz

Sebanyak 17 syarikat Malaysia menyertai Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE) di Kurdistan, Iraq anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi mengintai peluang perniagaan di negara Teluk itu.

Pameran itu dianjurkan bagi mempamerkan kemahiran dan keupayaan syarikat perkhidmatan Malaysia, serta menubuhkan usaha sama dan jaringan perniagaan dengan syarikat Iraq, terutama dalam sektor pembinaan, minyak dan gas serta bahan mentah binaan.

Pesuruhjaya Kanan Perdagangan Matrade di Dubai yang turut mengendalikan pasaran Iraq, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, kerajaan Iraq memperuntukkan AS$4 bilion (RM12.57 bilion) untuk pembinaan projek perumahan bagi tempoh empat tahun lagi.

“Kerajaan Iraq juga baru-baru ini umumkan rancangan pelaburan infrastruktur bernilai antara AS$250 bilion (RM785 bilion) dan AS$275 bilion (RM864 bilion).

“Syarikat Malaysia digalakkan mengambil peluang ini,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");