Berita Hari Ini

Tingkat keyakinan pelajar OKU

OKU

MACHANG – Penganjuran Sukaneka Kelompok Pendidikan Khas bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan keupayaan remaja orang kurang upaya (OKU) untuk berdikari.

Acara tahunan di bawah kelolaan Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) itu bertujuan membantu dan menyediakan platform kepada remaja khas itu meningkatkan pergaulan mereka dengan rakan sebaya.

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Machang (SMK), Nilman Othman berkata, pelajar istimewa ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain, malah menunjukkan bakat mereka dalam aktiviti sukan.

Menurutnya, mereka merupakan golongan yang sangat istimewa dan untuk itu, kita menyediakan acara dan program yang bersesuaian dengan mereka.

“Golongan ini berpotensi dan berbakat dalam sukan yang boleh dikembangkan pada masa depan melalui sokongan dan keyakinan masyarakat.

“Melalui peluang seperti itu, mereka juga rasa diri dihargai dan tidak lagi ada rasa rendah diri jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang lain,” katanya.

Nilman berkata, selain sukaneka, pihak sekolah turut merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti lain yang bersesuaian, sekali gus membina keyakinan, memberi pendedahan dan membantu pelajar berdikari.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama ibu bapa dan masyarakat sekitar dalam usaha memberi semangat dan sokongan kepada pelajar khas istimewa ini,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");