Berita Hari Ini

Velfire MPV pilihan mewah

Velfire MPV pilihan mewah

KENDERAAN Pelbagai Guna (MPV) popular, Toyota Velfire menjadi pilihan ramai sejak kebelakangan ini. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2008, model yang pada asalnya adalah Alphard ini direka semula dengan gaya lebih moden pada bahagian luaran dan dalaman untuk tampil lebih mewah.

Velfire menekankan elemen kekuatan dan keperibadian yang kukuh pada rekaannya. Nama Velfire berasal daripada gabungan perkataan Velvet dan Fire.

Toyota telah meletakkan MPV ini sebagai salah satu pilihan kepada pelanggan yang inginkan konsep “kuasa dan inovasi”.

Kebanyakan Velfire yang dibawa masuk ke Malaysia adalah spesifikasi Jepun.

Ia mempunyai dua pilihan enjin iaitu 2GR-FE 3.5 liter V6 (276 kuasa kuda dan tork 330Nm) dengan transmisi enam kelajuan Super ECT atau enjin 2AZ-FE 2.4 liter DOHC VVT-i empat silinder sebaris (168 kuasa kuda dan 235Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi Super CVT-i stepless.

Setiap variasi enjin mempunyai beberapa lagi varian seperti versi Z, Z Platinum, V dan X bagi 2.4 liter, manakala bagi 3.5 liter terdapat pilihan Z, Zg, V dan VL. Kesemuanya mempunyai perbezaan daripada segi spesifikasi dan aksesori standard yang dibekalkan.

Harga jualan kereta import terpakai Velfire 2.4 liter ialah di antara RM180,000 hingga RM280,000.

Harga bagi varian 3.5 liter adalah di antara RM 200,000 hingga RM 450,000 mengikut tahun ia dikeluarkan, spesifikasi dan kondisi.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");