Perak Hari Ini

WCP Ke-33 Promosi Perak, Tahun Melawat Malaysia 2014

nazrin peserta

Pemilihan beberapa lokasi menarik di serata Perak sebagai destinasi mendeklamasi puisi sempena Kongres Penyair Sedunia (WCP) Ke-33 yang bermula 20 Oktober lalu menjadi platform terbaik memperkenalkan negeri itu di serata dunia, sekaligus bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, tahun depan.

Lokasi pertama yang dipilih iaitu di Gerbang malam di Jalan Tahwil Azar, dekat Ipoh menpunyai tarikannya yang tersendiri manakala lokasi kedua iaitu di Lost World Of Tambun menyaksikan pelbagai gelagat menarik penyair ketika menyampaikan karya masing-masing.

Para penyair seterusnya dibawa melawat Muzium Arkeologi Lenggong yang merupakan warisan sejarah dunia kerana mendapat pengiktirafan daripada UNESCO.

Uniknya, acara di Lenggong ini apabila penyair berkesempatan melihat sendiri tinggalan sejarah yang merupakan khazanah tamadun awal negara yang cukup unik.

Kompleks Hutan Paya Bakau Matang di Kuala Sepetang yang merupakan “The Best Managed Forest” turut dipilih sebagai lokasi persinggahan para penyair untuk mendeklamasikan puisi nukilan masing-masing.

Sementara itu, untuk hari terakhir WPC, Pulau Pangkor dipilih sebagai lokasi berkumpulnya semua penyair terkemuka dunia.

Menurut Penyelidik Kanan Institut Darul Ridzuan (IDR), Mohd Ghazali Abdul Rashid atau nama penanya, Malim Ghozali PK, penganjuran kongres ini bertujuan untuk menyuarakan pendapat mengenai isu semasa melalui puisi dan juga mengetengahkan keunikan Perak kepada semua.

“kita berhimpun untuk menyatupadukan semua, berbincang mengenai masalah dunia seperti peperangan, sosial, ekonomi dan politik serta sebagai tanda persahabatan dan kekeluargaan antara penyair,” katanya.

Tambah beliau lagi, penganjuran program sebegini antara lain untuk menarik golongan muda bagi mencintai dan mengenali keunikan puisi itu sendiri.

Kongres Penyair Sedunia Ke-34 akan berlangsung di Lima Peru, pada 10 hingga 16 November 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");